DPIN

SOALAN LAZIM DPIN
Apakah definisi Direktori Pakar Industri Negara (DPIN)?

Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) merupakan Satu kumpulan data yang mengandungi senarai Pakar Industri (PIND) dan Pakar Pengajar (PAJAR) yang diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Apakah tujuan DPIN diwujudkan?

Tujuan DPIN adalah untuk mendaftar dan memperakukan individu (personel) yang berpengalaman luas dan berkemahiran dalam sektor industri mengikut kriteria tertentu. Justeru, personal yang berdaftar dalam DPIN, layak memohon serta memainkan peranan dalam pelbagai kategori jawatanĀ  yang bersesuaian dalam memastikan kualiti kemahiran lebih terjamin.

Apakah Kriteria Umum bagi pendaftaran Direktori Pakar Industri Negara (DPIN)?

I.Ā  Warganegara atau permastautin tetap ;

II. Pengamal dalam bidang dengan pengalaman sekurang – kurangnya sepuluh (10) tahun.

Adakah dibenarkan personel memohon kedua-dua PIND dan PAJAR?

Tidak boleh.

Siapakah yang membuat keputusan dan memperakukan seseorang itu sebagai Pakar Industri Negara?

Seorang itu dipilih berdasarkan kriteria umum dan tambahan dipenuhi. Keputusan ini dibuat oleh satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal II (JKT II) yang dipengerusikan oleh KPPK dan di ahli-ahlinya yang terdiri daripada Pengarah-pengarah bahagian Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Apakan kebaikan pengiktirafan ini diberi kepada individu?

Antara kebaikkan pengiktirafan ini diberiĀ  kepada individu adalah untuk:

  1. Diiktiraf oleh pihak kerajaan sebagai Pakar Industri Negara dalam bidang yang dimiliki.
  2. Diiktiraf sebagaiĀ  Pakar Rujuk dalam bidang kepakaran masing-masing dan dilibatkan dalam perbincangan dan pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
  3. Peluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti yang berkaitan agenda Mengarus perdanakanĀ  Latihan Kemahiran Negara.
  4. Mewujudkan jaringan kerja antara pihak Industri dengan pihak kerajaan.
Siapakah individu boleh hubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai DPIN?

Sila rujuk laman web CIAST di pautan DPIN atau hubungiĀ Unit Pentauliahan Personel & PakarĀ di talianĀ 03-5543 8319Ā / 5543 8303 / 5543 8307 / 5543 8301 / 5543 8312/ 5543 8304 / 5543 8310

(link:Ā https://www.ciast.gov.my/v4/index.php/perkhidmatan/dpin)